Sebelum pengajaran:
- Menjadi penghubung antara objektif pengajaran dan pelajar
- Menjadi penghubung antara objektif, aktiviti dan pentaksiran pengajaran
- Mengenalpasti alatan dan bahan yang diperlukan untuk semua pelajar
- Mengenalpasti aktiviti yang akan dijalankan pada turutan dan sela masa yang sesuai
Semasa pengajaran:
- Menjadi panduan kepada guru tentang apa yang patut dilakukan seterusnya untuk mencapai objektif tertentu
- Memudahkan guru membuat perubahan rancangan sekiranya berlaku gangguan (contoh: ada perhimpunan, latihan kebakaran dsb.)
- Menambahkan keyakinan guru terutamanya yang kurang berpengalaman dalam mencapai objektif pengajaran kerana ada panduan sekiranya tidak yakin apa yang perlu dibuat seterusnya.
Selepas pengajaran:
- Menjadi rekod tentang apa yang telah dilakukan bagi mencapai objektif pengajaran
- Memudahkan guru membuat refleksi tentang kekuatan dan kelemahan rancangan pengajaran tersebut
- Memudahkan guru membuat penambahbaikan kepada rancangan pengajaran tersebut
