PELAN KURSUS (MAPPING)

DEFINISI

Mengenal pasti butiran isi, konsep, kemahiran dan nilai untuk diterapkan dalam keseluruhan pembelajaran.

JENIS-JENIS PELAN KURSUS :

  • Peta Otak (Brain Mapping)
  • Peta Pemikiran (Mind Mapping)
  • Peta Maklumat (Data Mapping)
  • Peta Robotik (Robotic Mapping)
  • Peta Tekstur (Texture Mapping)

GARIS PANDUAN DALAM PELAN KURSUS :

  1. Memastikan guru memahami rasional pengajaran dalam konteks keperluan di sekolah.
  2. Tentukan sama ada terdapat keperluan khas semasa proses pengajaran tersebut.

PRINSIP PERANCANGAN PENGAJARAN

Antara prinsip perancangan pengajaran ialah :

  • Untuk memahami rasional tentang sesuatu kursus tersebut dalam konteks matlamat institusi pendidikan.
  • Untuk menentukan kandungan yang dimasukkkan tersebut selaras dengan objektif yang telah ditetapkan.
  • Untuk menjelaskan lebih lanjut lagi tentang sesuatu kursus tersebut.
  • Untuk menentukan jangka masa yang sesuai bagi sesuatu kursus tersebut.

KOMPONEN DALAM PERANCANGAN PENGAJARAN

Antara komponen dalam perancangan pengajaran ialah :

  • Kandungan yang mempengaruhi proses perancangan, buku teks, dan bahan pengajaran yang lain.
  • Kandungan pembelajaran yang dicirikan melalui perkara-perkara yang terdapat dalam garis panduan.
  • Sumber bahan yang merangkumi peralatan-peralatan yang digunakan dalam pengajaran.
  • Jangka masa yang panjang.

KEPENTINGAN PERANCANGAN PENGAJARAN

Antara kepentingan perancangan pengajaran ialah :

  1. Meningkatkan keyakinan diri seorang guru sebelum masuk untuk mengajar.
  2. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
  3. Mengelakkan sebarang penyelewengan / terkeluar daripada aspek yang perlu diajar.
  4. Menghadkan skop yang akan diajar dalam satu jangka waktu yang diperuntukkan.

DEFINISI

Definisi Perancangan Pengajaran :

Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah atau makmal dalam satu jangka waktu yang telah ditetapkan

Kamaruddin & Siti Hajar (2004)

Definisi Pengajaran :

Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak di ajar. Hasil daripada pembelajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku / pengetahuan hasil daripada pengalaman.